Jumaat, 15 Januari 2010

Si Suami DAn Si Isteri.......

Perkahwinan merupakan satu komitmen yg serius diantara lelaki dan perempuan utk hidup bersama sepanjang hayat....
Tujuan berumahtangga adalah utk mencari ketenangan dan kedamaian dalam hidup....seperti firman Allah S.W.T yg bermaksud :
"Diantara tanda - tanda kebesaranNya, ia menjadikan utk kamu pasangan dari jenis sendiri utk kamu tinggal tenteram disampingnya dan menjadikan diantara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semua itu menjadi tanda- tanda bagi org2 yg berfikir...." (ar-ruum:21)

So..suami hendaklah mengasuh isteri dgn baik... Rasulullah s.a.w menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah s.w.t. Amanah itu hendaklah dijaga dgn baik dan cermat... Oleh itu, rasulullah s.a.w berpesan spy bersikap baik dgn wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik..

Berkasih sayang termasuklah pujuk memujuk yg merupakan amalan penting dalam kehidupan berumah tangga.
cthnya..., Ibn al-aswad Al-dualy pernah berkata kpd isterinya : " apabila kamu melihat aku marah, kau tenangkanlah aku. apabila aku melihat kamu marah , aku pula tenangkan kamu. jika tidak..jgn la kita bersama.

Tanggungjawab dan kasih sayang adalah kunci utama bg hubungan yg kukuh. Jika bersandarkan tanggungjawab sahaja semata2, hubungan akan menjadi tandus dan kekeringan. Dan, jika bersandarkan kasih sayang semata2, ia boleh berubah. Maka, hendaklah sesuatu hubungan itu diwujudkan dgn rasa tanggungjawab dan penuh rasa kasih sayang..pastinya ia akan membawa keharmonian hubungan itu....

2 ulasan:

Ilham berkata...

Iyer betul...Betul kata cicak...

Ilham berkata...

Iyer betul...i support u!