Ahad, 9 Jun 2013

kek tiramisu yg simple dimple

Assalammualaikum wbt

Since da  kawen..dah beranak pinak... malas betul nk update blog.. sudah sgt lama kotttt..huhu.
sampai ade yg perli2..
memandangkan status pun da berubah.. teringin nak share resepi.. chewahh.. sejak2 jadi org dapur ek.
Sempena Ulang tahun perkahwinan Pn. Eza yg semakin hampir...konon2 nak watla kek nie.. amat kepingin donk...hihi.

lets sharing and caring..

cream cheese filling :
175gm whipping cream @ fresh cream ( pukul sampai kental....)
500gm cream cheese
80gm gula castor
3sudu makan yogurt
7gm gelatin

caranya :
pukul cream cheese + yogurt + gula ( 1minit - kelajuan perlahan )
masukkan gelatin ( make sure direndam dalam air dulu n masak scr dble boil )
masukkan fresh cream td. ( bila dah sebati - simpan dalam peti )

sirap nesc : 3sudu nesc tanpa gula bancuh ngan air panas

kek span tue, boleh la beli je kat jusco amek la perasa oren kee....coffee keee... senang bukan.

step by step ye :

  • air nesc tu renjis sikit2 je atas kek....
  • sapukan cream cheese tadi atas kek..
  • taburkan serbuk koko @ milo atas kek... ( make sure gunakan tapis ye )
  • lapiskan kek span
  • "losyenkan" baby gebu anda dengan cream cheese sehingga melitupi seluruh baby gebuss itu. hihi.
  • "bedakkan " baby itu sekali lg dgn serbuk koko @ milo....
sebagai hiasan..letak la strawberry atas kek tue.. xkesahla posisi tepi ke...tengah ke.. xpun mengelilingi kek keer.. yg penting kek ini sgt sedap dimakan ketika soooooojukkk.


mudah bukan.....sungguh mudah dan jimat. klo kat secret recipe dah tentu2 rm80 xlari. heih! kek xlari..duit yg lariiiiiiii! memandangkan harga Barang semakin Naik soo kita sebagai rakyat yg bkemampuan sederhana haruslah berjimat cermat... yg kaya semakin kaya...yg miskin semakin miskin... adehhh..

*** resepi tu pun akak amek dari blog..tp dah lupa sapa empunya tuan Tanah tersebut. maafkan sya ye...minta halal dunia n akhirat...hihi..

Jumaat, 15 April 2011

jika mahukan 5 perkara...buat 5 perkara...i'allah..


1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .


Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286

Dimana kita?

"KURANGNYA KITA MENGADU KEPADA ALLAH SWT.....
KERANA KITA SUDAH TERLALU BYK MENGADU KEPADA MANUSIA......."



Sabtu, 19 Februari 2011

JOM KITA UKUR TAHAP KEIKHLASAN KITA,...

  • Kalau ada orang puji, apakah ada rasa berbunga, sedap dan suka hati? Waktu dikeji adakah rasa marah atau sempit dada dan sedih? Kalau terasa megah atau sedih, ertinya belum ikhlas.

  • Cuba kita renung-renungkan, adakah kita buat kebaikan kemudian suka sebut-sebut atau dengan harapan supaya orang itu balas kebaikan kita? Apakah selepas kita berbuat baik pada seseorang, kemudian bila dia lukakan hati kita, langsung kita berkata di depan atau di belakangnya: “Tidak patut engkau buat begini pada aku. Aku dah banyak tolong engkau. Kalau aku tak tolong selama ini, susah engkau. Memang orang tak kenang budi.” Ini juga tanda tidak ikhlas.

  • Pernahkah kita beri bantuan kerana orang itu berbuat baik kepada kita? Sedangkan kalau orang tidak berbuat baik pada kita, kita tidak suka membantunya, walaupun orang itu patut dibantu. Ini juga tidak ikhlas.

"Tanda seseorang itu ikhlas: Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji, hati tidak berbunga. Dikeji, hati tidak pula derita. Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai, sama saja. Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja. Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada orang memujinya..."

.... R.e.D.h.A ......

Ku turuti keinginanku......
Ternyata ia memperhambakan ku......
TETAPI...
Sekiranya aku menerima apa adanya...
I'allah..aku PASTI akan menjadi org yg MERDEKA..... 

"Esok akan merekahlah bunga yg sgt harum baunya..... Mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati "

~kasih bonda dan ayahanda ~

.......Tika hati.............

Saat hati terluka pedih....
Aku jatuh tersungkur lantas  mencium bumi....
Perlahan aku berdiri.....
Meraih sejuta kekuatan...

Tatkala aku berdiri.....aku berjalan menuju satu cahaya...
Cahaya yg sgt jauh....begitu jauh dipandangan namun terlalu dekat dihati....

Dalam kekaburan dan keletihan...
Aku terus tenggelam didalam cahaya itu....
Sdg aku asyik menikmati kecerahan cahaya indah..
Aku terlena dibuai mimpi....

Mimpi yg memberi aku sebuah kesedaran....
Mimpi yg membawa aku kepada cintaku...
CINTAKU YG SATU...

Semakin hampir aku kepadanya.....
Semakin bersinar cahaya indah.....
Aku terduduk lalu menangis....
Dalam tangisan aku memohon....memohon kepada kekasihku....

" Ya Allah, andai bahagia itu milikku..kau berikanlah kepada ku.... kau cintailah aku Ya Allah... Kau bawalah aku kepadaMu...Sesungguhnya aku ini hambaMu yg lemah tidak lari dari dosa dan hina..."

Ahad, 9 Mei 2010

Seandainya.....itu bahagia.

Andai perpisahan itu pintu bahagia.... 
akan ku pilih pintu itu........ 

Andai jalan berduri itu jalan kebahagiaan 
akan ku harungi jln itu....meski luka berdarah... 

namun jika dipenghujung jalan nnti.... 
tiada bahagia ku temu.. 

hanya satu harapanku.....

" ku berserah kepadaMU Ya Allah, sesungguhnya jln kearah Mu adalah kebahagiaan cinta nan abadi teragung...."