Sabtu, 19 Februari 2011

JOM KITA UKUR TAHAP KEIKHLASAN KITA,...

  • Kalau ada orang puji, apakah ada rasa berbunga, sedap dan suka hati? Waktu dikeji adakah rasa marah atau sempit dada dan sedih? Kalau terasa megah atau sedih, ertinya belum ikhlas.

  • Cuba kita renung-renungkan, adakah kita buat kebaikan kemudian suka sebut-sebut atau dengan harapan supaya orang itu balas kebaikan kita? Apakah selepas kita berbuat baik pada seseorang, kemudian bila dia lukakan hati kita, langsung kita berkata di depan atau di belakangnya: “Tidak patut engkau buat begini pada aku. Aku dah banyak tolong engkau. Kalau aku tak tolong selama ini, susah engkau. Memang orang tak kenang budi.” Ini juga tanda tidak ikhlas.

  • Pernahkah kita beri bantuan kerana orang itu berbuat baik kepada kita? Sedangkan kalau orang tidak berbuat baik pada kita, kita tidak suka membantunya, walaupun orang itu patut dibantu. Ini juga tidak ikhlas.

"Tanda seseorang itu ikhlas: Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji, hati tidak berbunga. Dikeji, hati tidak pula derita. Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai, sama saja. Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja. Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada orang memujinya..."

1 ulasan:

Ilham berkata...

Sebenarnya...Dalam kehidupan ada pencarian yang perlu melintasi onak duri yang tajam untuk tiba ke destinasi...Andaikata kita sentiasa diuji, itu menunjukkan kita sentiasa menjadi perhatian Yang Maha Esa...Keikhlasan dalam tiap ujian ada hikmahnya...Tak perlu 'giveup', kerana itu semua mainan duniawi...Setiap kesabaran ada ganjaran yang pasti tiba kelak...InsyAllah